India penyumbang 
imigran terbesar dunia - Utusan Malaysia

India penyumbang 
imigran terbesar dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI – India merupakan sumber penghijrahan keluar terbesar dunia diikuti oleh China ketika bilangan imigran antarabangsa meningkat kepada 257.7 juta orang pada tahun 2017.

India menyumbang 17 juta imigran diikuti China dengan seramai 10 juta imigran, manakala imigran Bangladesh mencecah 7.5 juta di tempat ketiga, demikian menurut laporan Bank Pemba­ngunan Asia (ADB).

Bilangan keseluruhan imigran pula meningkat empat peratus daripada 247.7 juta orang dalam tahun 2015 kepada 257.7 juta tahun lalu dengan satu pertiga bilangan itu berasal dari Asia.

Amerika Syarikat (AS) pula menjadi negara tempat tinggal kepada 12.3 juta imigran Asia diikuti Arab Saudi (8.5 juta) dan Rusia (6.8 juta).

Menurut ADB, 10 sumber utama imigran termasuk negara seperti Pakistan, Filipina, Afghanistan, Indonesia, Kazakhstan, Myanmar dan Vietnam.

“Bilangan populasi warga tua yang semakin ramai di banyak negara tuan rumah mencetuskan kekurangan pekerja dan ini menyumbang kepada peningkatan bilangan buruh imigran,” kata ADB dalam laporannya.

Negara maju kekal sebagai destinasi utama untuk pekerja mahir yang datang dari Benua Asia dengan majoriti mereka menuju ke AS. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN