Hi Tea Talk : Imej & Fesyen beri peluang usahawan terokai dunia penampilan - Utusan Malaysia

Hi Tea Talk : Imej & Fesyen beri peluang usahawan terokai dunia penampilan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 5 Okt. – Program Hi Tea Talk : Imej & Fesyen anjuran Hijab Komuniti Malaysia memberi peluang kepada usahawan untuk menerokai dunia penampilan diri menerusi modul yang disediakan.

Ujar Pengasas Hijab Komuniti Malaysia, Za Afiza, sebanyak empat modul disediakan seperti Sembang Bisnes : Rahsia Aura Seri oleh Datin Seri Ira Ghani dan Bicara Gaya : Rahsia Gaya Personaliti oleh Baia Salihin.

“Selain itu, saya mengendalikan modul Bicara Fesyen dengan tema feminin dan seorang lagi rakan saya, Anizon Hussin mempersembahkan Demo Hijab Pantas,” katanya kepada Utusan Online, baru-baru ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, kesemua empat modul ini amat penting untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian sebagai seorang usahawan.

“Sehubungan itu, Hijab Komuniti Malaysia amat berbesar hati kerana dapat berkongsi ruang ilmu tersebut dan pihak kami berharap lebih ramai orang awam akan menyedari keperluan untuk menjaga imej serta fesyen,” katanya.

Turut hadir merasmikan program, Timbalan Yang Dipertua Majlis Mesyuarat Pusat Dewan Ekonomi Usahawan Malaysia (DEUM), Datuk Nor Athirah Abdullah.

Program Hi Tea Talk : Imej & Fesyen yang berlangsung Sabtu lalu mendapat penyertaan hampir 100 orang dan ia telah dijalankan di Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam.

Kata Afiza lagi, fokus utama Hi Tea Talk : Imej & Fesyen kali ini adalah lebih terarah kepada kelompok usahawan yang mementingkan imej serta fesyen.

“Ia bukan sahaja tidak boleh dipisahkan dari dunia keusahawanan malah amat membantu dalam melariskan jualan atau sewaktu berhadapan dengan pelanggan,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini