Hari Usahawan: SK Batu Kurau sasar dana RM25,000 - Utusan Malaysia

Hari Usahawan: SK Batu Kurau sasar dana RM25,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 11 Okt. – Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Kurau, Perak menyasarkan dana sebanyak RM25,000 dikumpul menerusi Program Hari Usahawanan sekolah tersebut yang berlangsung pada Sabtu ini.

Guru Besar SK Batu Kurau, Meor Ahmad Aziz berkata, dana tersebut bakal diperuntukkan bagi proses pembelajaran murid serta menampung aktiviti kokurikulum sekolah.

“Hari usahawan ini merupakan kali kedua diadakan serta bakal berlangsung secara besar-besaran. Program ini bukan sahaja menjemput para ibu bapa kepada murid-murid, malah melibatkan agensi luar antaranya Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan syarikat bank.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Semoga program ini dapat dijalankan secara berkala dan dana yang berjaya dikumpul dapat menampung aktiviti sekolah serta murid,” katanya kepada Utusan Online, hari ini.

Hari Usahawanan yang bermula pada pukul 8.30 pagi hingga satu petang itu juga bakal menyumbang kepada rekod aktiviti tambahan hampir 600 murid-murid di sekolah itu.

Program dwitahunan itu bakal menyaksikan pelbagai aktiviti diadakan antaranya jualan makanan, cenderamata, demonstrasi pemadaman api, khidmat rundingan insurans dan kewangan serta rumah hantu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini