KUALA LUMPUR 12 Okt. – Majlis Bandaraya Sepang (MPSepang) akan mengadakan program Hari Bertemu Pelanggan di Kip Mall Kota Warisan esok. MBSepang dalam satu kenyataan memaklumkan, program tersebut akan bermula pada pukul 10 pagi hingga 2 petang. “Karnival berkenaan bertujuan menyediakan platform kepada masyarakat setempat untuk bertemu pihak pengurusan MPSepang bagi menyalurkan maklum balas berkaitan aduan. “Pelbagai aktiviti dianjurkan termasuk pameran, kempen derma darah, pemeriksaan kesihatan percuma, refleksologi, permainan tradisional, pertandingan mewarna dan sebagainya,” menurut kenyataan itu di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya