Formasi baharu legakan Southgate - Utusan Malaysia

Formasi baharu legakan Southgate

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIJEKA, Croatia – Ketua jurulatih England, Gareth Southgate tetap gembira de-
ngan persembahan anak buahnya ketika aksi menentang Croatia di pentas Liga Negara-Negara Eropah walaupun sekadar menamatkan saingan dengan keputusan seri tanpa jaringan.

Menurut pengendali berusia 48 tahun itu, persembahan yang disajikan oleh skuad The Three Lions lebih cemerlang berban-ding perlawanan menentang Sepanyol yang menyaksikan mereka tewas 1-2 September lalu.

“Pada aksi sebelum ini, kami tidak boleh mencipta tekanan terhadap pasukan lawan sehingga saya terpaksa merombak strategi pasukan. Hari ini (semalam), semua pemain dapat menyesuaikan diri dengan baik serta boleh mengawal permainan.

“Saya menggunakan sistem baharu menerusi formasi 3-5-2. Menerusi sistem ini, saya cuba memantapkan jentera pertahanan dengan mengarahkan pemain sayap untuk turun membantu benteng sekiranya diserang.

“Pada masa yang sama, sistem ini juga memberi peluang kepada dua penyerang bergerak bebas untuk mencipta gol,” katanya.

Mengulas lanjut, Southgate mengakui mereka sepatutnya meraih tiga mata pada aksi berkenaan, namun banyak peluang disia-siakan begitu sahaja.

“Kami sepatutnya menang dalam perlawanan ini. Bola terkena tiang selain beberapa peluang di hadapan gol gagal disempurnakan dengan baik. Sekiranya jentera serangan lebih tajam, saya fikir kami boleh meraih kemenangan pada perlawanan menentang Sepanyol Selasa ini,” katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN