Filem aksi ketenteraan, Paskal yang mula ditayangkan pada 27 September lalu kini menjadi sebutan apabila ramai penonton mengakui kagum dengan kehebatan pasukan khas Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ini. Filem yang mendapat sentuhan pengarah Adrian Teh berjaya mempamerkan keperwiraan anggota Paskal yang diterjemahkan di layar perak. Buktinya, filem yang diinspirasikan pengorbanan sebenar anggota Pasukan Khas Laut (Paskal) TLDM ini berjaya mencatatkan kutipan sebanyak RM16 juta dalam tempoh 11 hari tayangannya.…










