PETALING JAYA – Dua maut manakala sembilan lagi cedera dalam kemalangan membabitkan empat buah kenderaan di Kilometer 14.5 Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) arah Damansara di sini semalam. Kemalangan kira-kira pukul 3.50 pagi itu membabitkan sebuah treler membawa muatan simen, kereta jenis Honda, lori dan sebuah treler kontena. Mangsa yang maut merupakan penumpang kereta Honda dikenali M.Rajkumar, 23, manakala identiti seorang lagi mangsa belum dikenal pasti. Ketua Jabatan Siasatan…










