PETALING JAYA 11 Okt. – Dua tukang rumah masing-masing dihukum penjara 13 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dua pertuduhan memecah masuk sebuah butik pakaian dan memiliki harta curi dari butik tersebut melibatkan kerugian berjumlah lebih RM50,000, bulan lalu. Majistret Nor Ariffin Hisham menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Hanif Sabran, 29, dan rakannya, Saiful Yazan Aziz, 33, selepas mereka mengaku bersalah melakukan perbuatan itu di butik Levi’s,…










