SHAH ALAM – Domino’s Pizza Malaysia merancang untuk mengembangkan cawangannya kepada 240 outlet menjelang akhir tahun ini daripada 223 outlet di seluruh negara ketika ini. Timbalan Presiden Domino’s Pizza Operasi Malaysia dan Singapura, Shamsul Amree Abdul Rahman berkata, prospek bagi 2019 kelihatan cerah untuk sektor makanan dan minuman dan syarikat berkenaan berharap untuk mendapat lebih banyak peluang pertumbuhan. “Setakat suku kedua 2017, Malaysia adalah pasaran Domino’s Pizza terbesar di Asia…










