MARANG – Pas menegaskan bahawa dakwaan kononnya ada pemindahan dana berjumlah RM2.5 juta daripada UMNO kepada parti itu hanyalah satu fitnah yang bertujuan memburuk-burukkannya. Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, Pas berulang kali menyatakan kesediaan untuk disiasat berhubung perkara itu bagi memastikan parti itu bersih daripada sebarang anasir yang tidak baik. “Isu dana dah jawab acap kali dan saya juga dah beritahu banyak kali yang Pas terbuka untuk disiasat…










