KAPIT 23 Okt. – Seorang lelaki maut ditembak sahabat baiknya sendiri yang menyangka mangsa seekor burung ketika pergi memburu di kawasan Lubuk Nabau, Sungai Sut, Balleh di sini, kelmarin. Dalam kejadian sekitar pukul 4 petang itu, Edwin Gading, 26, meninggal dunia di tempat kejadian berikutan tembakan tersebut tepat mengenai kepalanya. Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Freddy Bian berkata, mangsa bersama rakannya berusia 30 tahun sebelum itu telah berpecah dan kembali…










