DAP kekal amalan tolak pingat - Utusan Malaysia

DAP kekal amalan tolak pingat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 Okt. – Ahli DAP diminta mengekalkan amalan menolak sebarang bentuk ganjaran dalam bentuk pingat penghargaan.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, penolakan itu bukan bermakna parti berkenaan tidak menghargai penghargaan yang diberikan.

Sebaliknya, jelas beliau, penghargaan yang paling utama bagi seorang wakil rakyat adalah apabila dapat berkhidmat dengan baik kepada rakyat.

“Kita amat menghargai pingat yang diberikan, tetapi saya rasa yang penting adalah perkhidmatan kepada rakyat dan jangan jadi seperti dulu nak berebut-rebut dapatkan pingat,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN