Budak tubuh bank ketika berusia 7 tahun - Utusan Malaysia

Budak tubuh bank ketika berusia 7 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIMA 12 Okt. – Ramai dalam kalangan kanak-kanak bercita-cita untuk menjadi ahli perniagaan apabila dewasa kelak namun hanya segelintir bermula dari awal seperti Jose Adolfo Quisocala Condori, yang memulakan bank simpanan kanak-kanak sejak berusia tujuh tahun.

Hari ini bank yang ditubuhkan, Bartselana Student Bank di Arequipa, tempat tinggal kanak-kanak itu, memberi perkhidmatan kepada lebih 2,000 pelanggan selain turut menawarkan pelbagai perkhidmatan kewangan lain.

Jose, 13, mendapat ilham untuk menubuhkan bank itu enam tahun lalu selepas mendapati ramai rakannya menghabiskan wang untuk gula-gula dan barang mainan berbanding menyimpan untuk pembelian lebih berfaedah.

Memuatkan artikel berkaitan…

Walaupun dalam usia mentah, dia memahami bahawa menyimpan wang dan menggunakan sistem kewangan adalah dua cara bagi orang dewasa seperti ibu bapanya menyelesaikan pelbagai masalah kewangan dan sosial, justeru dia mahu menyediakan sistem sama kepada golongan kanak-kanak.

Jose menceritakan ideanya kepada guru sekolah namun mereka menyatakan kanak-kanak berusia tujuh tahun tidak boleh mengendalikan projek sedemikan tetapi dia mahu membuktikan mereka salah.

“Pada mulanya, guru saya menganggap saya gila tetapi saya mahu membuktikan ke­rana mereka tidak memahami bahawa kami (golongan kanak-kanak) bukan sahaja masa hadapan negara tetapi masa sekarang.

“Saya bernasib baik mendapat sokongan guru besar sekolah dan seorang penolong kelas. Saya terpaksa bersabar apabila dibuli dan digelakkan oleh rakan sekelas ekoran kerja yang saya lakukan,” katanya yang dilaporkan portal Oddity Central.

Perkhidmatan bank ber­kenaan sangat mudah iaitu kanak-kanak boleh menjadi pelanggan bank dengan menghantar sekurang-kurangnya lima kilogram bahan kitar semula (kertas atau plastik) dan diperlukan untuk mendeposit sekurang-kurangnya satu kilogram lagi sampah setiap bulan bagi mengekalkan status keah­lian.

Mereka kemudian akan menetapkan matlamat simpanan dan hanya boleh mengeluarkan wang daripada akaun masing-masing apabila telah mencapai matlamat simpanan.

Jose telah mengadakan pe­rancangan dengan syarikat kitar semula tempatan yang menawarkan pelanggan bank itu dengan harga yang tinggi bagi setiap kilogram sampah kitar semula dengan kesemua hasil jualan dimasukkan ke dalam akaun mereka.

Bagi memastikan hanya kanak-kanak yang mendapat faedah daripada kerja mereka, Jose memastikan hanya kanak-kanak terbabit yang boleh me­lakukan pengeluaran wang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini