Bekas penolong 
jurutera JKR didakwa - Utusan Malaysia

Bekas penolong 
jurutera JKR didakwa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU – Seorang bekas penolong jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) Maktab Teknik Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bakri, Muar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas tuduhan menerima suapan sebanyak RM4,200 Mac tahun lalu.

HAIRUDIN
HAIRUDIN 

Tertuduh, Hairudin Ngadi­ron, 43, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Kamarudin Kamsun.

Mengikut pertuduhan utama, tertuduh didakwa menerima suapan daripada seorang pengurus SMR Cahaya enterprise melalui TH Motosport iaitu bayaran membaiki kenderaan jenis Toyota Lanceuiser Prado untuk dirinya sendiri sebagai upah membantu mendapatkan ker­ja di Maktab Teknik PDRM Bakri, Muar pada tahun 2016.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kerja-kerja tersebut melibatkan kerja pembaikan bangunan dan pagar keselamatan di pondok pengawal, lapang sasar Indor 25 meter dan perkhidmatan operasi dan penyelenggaran kolam renang dan kolam junam kompleks maktab terbabit.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini