Bekas guru cerita muka Anwar merah padam tahan marah - Utusan Malaysia

Bekas guru cerita muka Anwar merah padam tahan marah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON 5 Okt – Bekas guru kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad berkongsi kisah bagaimana satu ketika dahulu beliau pernah membuat muka Anwar menjadi merah padam menahan marah.

Tanpa menyatakan tarikh yang tepat, Abdul Rahman berkata kisah itu berlaku ketika beliau memegang jawatan Ketua Pengarah Pelajaran sementara Anwar adalah Menteri Pendidikan di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad yang ketika itu bergelar Datuk Seri.

“Kalau dalam perbincangan saya tidak tegur dia (jika dia tersilap), sebab saya tidak mahu dia malu kepada orang lain yang ada dalam perbincangan, tapi saya masuk ke bilik dia dan saya kata apa saya suka, muka dia kadang-kadang merah padam,” katanya pada majlis pelancaran e-Tuisyen Percuma (pdtuition.com) untuk Murid-murid Daerah Port Dickson di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau menceritakan perkara itu ketika mencelah semasa Anwar sedang menyampaikan ucapan pada majlis tersebut yang turut dihadiri warga pendidik dari sekolah sekitar Port Dickson.

Ucapan ringkas Abdul Rahman itu seterusnya disambut tawa oleh mereka yang hadir.

Untuk rekod Anwar menjadi Menteri Pendidikan dari 1986 hingga 1991 manakala Abdul Rahman menjadi Ketua Pengarah Pelajaran dari 1985 hingga 1991. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini