Anwar kongsi nasihat Agong - Utusan Malaysia

Anwar kongsi nasihat Agong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA SELANGOR 18 Okt. – Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkongsi nasihat Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V yang mahu supaya tiada lagi yang akan menjadi mangsa fitnah seperti beliau.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson berkata, nasihat itu diberikan kepadanya ketika beliau menemui Seri Paduka pada malam pembebasannya selepas menerima pengampunan diraja.

Menurut Anwar, Yang di-Pertuan Agong tidak mahu perkara kejam yang berlaku ke atasnya berulang kepada orang lain.

“Ini bukan sebab kuasa, tapi saya percaya Datuk Seri tidak bersalah dan saya tahu ada pelanggaran hukum di situ (tuduhan liwat ke atas Anwar).

“Apabila berkuasa, jangan izinkan perkara zalim seperti ini berlaku pada orang lain,” nasihat Seri Paduka yang dikongsikan Anwar sempena program Meet Anwar Ibrahim di Universiti Selangor (Unisel), di sini malam tadi.

Beliau berkata demikian selepas ditanya oleh pelajar Unisel tentang tuduhan liwat yang dihadapi beliau, dalam sesi soal jawab pada program itu.

Anwar dalam pada itu menasihatkan para penuntut Unisel supaya banyak membaca untuk mencari kebenaran dan tidak menjadi mangsa fitnah.

“Ini dah 2018, tak faham lagi…. dengar apa. Di Port Dickson orang tidak mahu dengar dah (kes liwat), dah bosan.

“Banyak buku, artikel dan video yang telah diterbitkan untuk menjelaskan perkara itu secara terperinci… bacalah,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN