Anak durjana direman tujuh hari - Utusan Malaysia

Anak durjana direman tujuh hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH – Seorang lelaki yang tergamak memenggal kepala bapanya dan mengerat tubuh warga emas itu kepada enam bahagian direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung jenayah kejam berkenaan.

Perintah tahanan reman yang bermula semalam sehingga Selasa minggu depan terhadap suspek yang berusia 52 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Siti Salwa Ja’afar di Mahkamah Majistret di sini.

Lelaki yang diberkas kelmarin itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Memuatkan artikel berkaitan…

Terdahulu, suspek dibawa ke mahkamah pada pukul 11.05 pagi semalam dengan diiringi beberapa anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh.

Semalam Kos­mo! melaporkan gara-gara tidak tahan kerap dimarahi bapanya kerana menghisap syabu, seorang penganggur bertindak kejam dengan memenggal kepala warga emas itu sebelum badannya dikerat enam dalam kejadian di Kampung Kanthan Baru di sini.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini