AirAsia hubung Sabah ke Barat Daya China - Utusan Malaysia

AirAsia hubung Sabah ke Barat Daya China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia, mengembangkan laluannya dari Sabah ke barat daya China dengan pelancaran penerbangan terus baharu dari Kota Kinabalu ke Kunming, bermula 30 November.

Penerbangan terus empat kali seminggu itu menandakan laluan keempat kumpulan AirAsia ke wilayah Yunnan selepas Kuala Lumpur, Bangkok dan Phuket di Thailand dan laluan antarabangsanya yang ke-10 dari habnya di Kota Kinabalu, kata syarikat penerbangan itu dalam satu kenyataan hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia, Riad Asmat berkata, laluan baharu itu menunjukkan komitmen syarikat penerbangan tersebut untuk mengembangkan Kota Kinabalu sebagai hab di Malaysia Timur.

“Kami telah melancarkan tiga laluan penerbangan antarabangsa dari Kota Kinabalu tahun ini ke  Bangkok, Macao dan kini Kunming dan kami juga menggandakan penerbangan kami dari Kota Kinabalu ke Shenzhen bermula 1 November, 2018.

“Kami telah menerbangkan lebih 700,000 penumpang bagi perjalanan antara China dan Kota Kinabalu, dan kami yakin laluan baharu ini akan meningkatkan lagi kedatangan pelancong,” katanya.

AirAsia menawarkan tambang ahli terangkum pengenalan istimewa bermula daripada RM138 sehala bagi Kota Kinabalu-Kunming di airasia.comdan aplikasi mudah alih AirAsia bermula hari ini sehingga 28 Oktober, bagi perjalanan antara 30 November, 2018 dan 30 Mac, 2019. – Bernama

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN