JOHOR BAHRU 2 Okt. – Kira-kira 30 murid sekolah rendah berdepan detik cemas apabila sebuah bas sekolah yang dinaiki mereka terbakar di Jalan Skudai, Kampung Laut berhampiran Skudai Parade, di sini hari ini. Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Johor Bahru, Khairul Azhar Abdul Aziz berkata, pihaknya menerima panggilan tentang kejadian pukul 2.15 petang sebelum sebuah jentera dengan tujuh anggota bergegas ke tempat kejadian. “Berdasarkan keterangan daripada pemandu berusia…










