LIPIS 8 Okt. – Meredah hutan, sungai, bukit dan laluan curam berlumpur hanya semata-mata untuk ‘memburu’ spesies ikan liar mungkin tidak masuk akal bagi sesetengah orang, namun tidak bagi penggemar aktiviti berkenaan. Bagi sekumpulan belia Kampung Kechau, dekat sini minat itu bukan sahaja di Sungai Jelai malah di setiap anak sungai dalam kawasan hutan di daerah ini. Buruan mereka adalah bagi mendapatkan spesies ikan yang mahal di pasaran, iaitu kelah,…










