13 korban banjir kilat di barat daya Perancis - Utusan Malaysia

13 korban banjir kilat di barat daya Perancis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS 15 Okt. – Sekurang-ku­rangnya 13 orang terkorban dalam banjir kilat di Aude, barat daya negara ini selepas hujan lebat yang berterusan selama beberapa jam.

Menurut jurucakap pihak berkuasa tempatan, Alain Thi­rion, enam helikopter penyelamat bertungkus lumus cuba menyelamatkan penduduk yang terperangkap di atas bumbung rumah masing-masing namun cuaca buruk menyukarkan operasi menyelamat.

‘Terdapat penduduk yang terperangkap di atas bumbung rumah. Kami terpaksa menggunakan pesawat untuk menye­lamatkan mereka kerana kami tidak boleh memasuki kawasan berkenaan menggunakan bot berikutan arus deras. Keadaan itu amat berbahaya,’’ katanya.

Antara kawasan yang teruk terjejas ialah kawasan perkampungan Conques-sur-Orbiel dan Villardonnel yang menyaksikan paras air meningkat sehingga menenggelamkan tingkat bawah rumah dua tingkat.

Kata Thirion, banjir kilat itu melanda kawasan terbabit secara tiba-tiba dan sekurang-kurang­nya seorang mangsa dihanyutkan arus deras ketika tidur.

Paras air dijangka terus me­ningkat hari ini manakala hujan diramalkan berterusan.

Sekolah-sekolah di kawasan Aude terpaksa ditutup manakala penduduk dinasihatkan untuk tidak meninggalkan rumah masing-masing. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN