PUTRAJAYA 24 Sept. – Badan Peguam berpendirian, keengganan Mahkamah Persekutuan mentafsir isu perlembagaan berkaitan kesahan pelantikan dua hakim tertinggi, dikhuatiri membuka risiko kepada lebih banyak pelantikan kontroversi dan tidak berperlembagaan pada masa akan datang. Presidennya, George Varughese ketika melahirkan kebimbangan tersebut berkata, tindakan hakim bersidang yang tidak menggunakan peluang yang diberikan untuk menentukan persoalan yang berkepentingan awam akan menjurus kepada ketidaktentuan terhadap proses pelantikan hakim. Beliau yang kecewa dengan keputusan…










