[VIDEO] Calon Bebas serah borang pencalonan saat akhir - Utusan Malaysia

[VIDEO] Calon Bebas serah borang pencalonan saat akhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON 29 Sept. – Seorang calon Bebas bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson tiba pada saat akhir bagi menghantar borang pencalonan sebelum pusat penamaan di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson di sini ditutup pukul 10 pagi tadi.

Video oleh BADRUL HAFIZAN MAT ISA

Memuatkan artikel berkaitan…

A.Ragendra, 50, tiba kira-kira pukul 9.56 minit pagi bersama pencadang dan penyokongnya sambil diiringi pegawai-pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang memintanya segera untuk menghantar borang pencalonannya.

Kehadiran beliau menarik perhatian pihak media dan penyokong calon-calon lain yang berada di pusat penamaan calon berkenaan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini