KUALA LUMPUR 7 Sept. – Melepaskan jawatan dalam institusi perbankan untuk merealisasikan minat dalam bidang fesyen mendorong Datin Aida Suraini Ibrahim untuk memulakan langkah berjinak-jinak dalam dunia perniagaan. DATIN AIDA SURAINI IBRAHIM Bermula dengan menjual tudung instant atau shawl secara online sekitar tahun 2004 dan dilakukannya ketika waktu senggang, akhirnya Aida Suraini mengambil keputusan dan bertekad untuk meneruskan langkah sebagai seorang usahawan dengan hasrat untuk membuka sebuah perniagaan butik yang…










