KUALA LUMPUR 29 Sept. – Pergerakan Wanita UMNO berpendapat kuasa autonomi wajar diberikan kepada UMNO Sabah untuk menentukan dasar parti di negeri itu. Melihat perkara itu sebagai perubahan yang baik untuk parti, Ketua Wanita, Datuk Dr. Noraini Ahmad memberi sokongan penuh kepada kepimpinan UMNO Sabah. “Wanita juga merasakan autonomi itu adalah patut dan memerlukan perbincangan yang lebih mendalam antara Presiden dengan barisan kepimpinan UMNO Sabah. “Kami berharap Presiden akan menjelaskan…










