KUALA LUMPUR 28 Sept.- UMNO tidak boleh berpura-pura lagi terhadap kejatuhan parti sebaliknya perlu melakukan perubahan drastik demi melakar haluan baharu. Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pucuk pimpinan perlu berterus-terang terhadap punca sebenarnya yang menyebabkan UMNO ditolak oleh rakyat. “Kita harus bertitik tolak dari situlah untuk kita melakar haluan dan gerak kerja selepas ini, jadi kita tidak boleh berpura-pura terhadap apa juga isu yang melanda parti.…










