Turap Jalan Kampung Lombong - Utusan Malaysia

Turap Jalan Kampung Lombong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG, MOHON jasa baik pihak berwajib khususnya Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Jabatan Kerja Raya (JKR) mahupun pihak kontraktor projek agar membaiki jalan utama Kampung Lombong Seksyen 29, Shah Alam.

 


Jalan ini perlu diturap dengan secepat mungkin. Saya ingin maklumkan jalan ini sudah dua minggu dibaiki tetapi tiada penurapan baharu dilakukan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Diharap dapat kiranya tindakan segera diambil pihak berwajib kerana laluan ini sesak teruk sehingga tiga kilometer di waktu puncak sebelah pagi disebabkan jalan tidak rata dan juga lampu isyarat berdekatan.

Pengguna terpaksa memperlahankan kenderaan kerana bimbang kerosakan tayar dan rim. Laluan ini juga menjadi laluan utama penduduk kampung ini.

SAM TERATAI 1

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini