KUCHING 27 Sept. – Dua Penolong Pegawai Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Daerah Simunjan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Khas Rasuah di sini hari ini, atas dakwaan membuat tuntutan elaun palsu bernilai RM36,352 semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak pada empat tahun lalu. Tertuduh pertama, Ahmad Adeni, 32, yang juga memangku jawatan Pengarah RELA Daerah Simunjan dan rakan subahatnya, Mohd Zairoolzaman Zaini, 34, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Nixon Kennedy…










