SEREMBAN 10 Sept. – Tunku Besar Tampin, Tunku Syed Razman Tunku Syed Idrus Al-Qadri dilantik sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) yang baharu bagi baki penggal 2018-2021. Pelantikan Tunku Syed Razman menggantikan Datuk Seri Mohamad Hasan yang melepaskan jawatan tersebut pada Jun lalu. Menteri Besar, Aminuddin Harun berkata, pemilihan Tunku Besar Tampin sebagai Presiden dipersetujui 22 ahli gabungan PBNS yang bersidang pada Kongres Tahunan Ke-86 PBNS, hari ini.…










