Trump arah teruskan tarif tambahan - Utusan Malaysia

Trump arah teruskan tarif tambahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengarahkan pegawainya meneruskan tarif melibatkan AS$200 bilion (RM827 bilion) barangan China ketika Setiausaha Perbendaharaan, Steven Mnuchin menyatakan hasrat mengadakan rundingan semula dengan Beijing.

Tarikh untuk menguatkua­sakan tarif tambahan itu bagai­manapun masih tidak jelas.

Lampu hijau bagi meneruskan tarif tersebut pertama kali dilaporkan oleh Bloom­berg pada mulanya menyeret saham AS lebih rendah, menjatuhkan nilai mata wang yuan dalam perdagangan luar pesisir dan meningkatkan indeks dolar.

Trump yang telah mengenakan 25 peratus tarif terhadap AS$50 bilion (RM206 bi­lion) barangan China, minggu lalu berkata, beliau mungkin akan mengenakan tambahan AS$200 bilion terhadap barangan serta AS$267 bilion (RM1.1 trilion) lagi dengan cuma mengeluarkan notis pendek jika beliau mahu.

Pentadbiran Trump me­nuntut China memotong lebihan dagangan AS$375 bilion (RM1.5 trilion) dengan AS selain menyasarkan untuk mendapatkan harta intelek dan teknologi negara itu.

White House dalam satu kenyataan berkata, Trump dan pentadbirannya jelas akan meneruskan usaha menyekat perdagangan China selain mendesak Beijing mengikuti permintaan negara itu.

Jika ditambah senarai AS$200 bilion dan baki AS$267 bilion, keseluruhan barangan import China yang akan dikenakan tarif adalah sebanyak AS$505 bilion (RM2 trilion) melibatkan produk teknologi, papan litar dan barangan pengguna daripada beg tangan hingga kepada basikal serta perabot. – Reuters

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN