Skuad bola tampar pantai negara intai kejutan di Asian Beach

Skuad bola tampar pantai negara intai kejutan di Asian Beach Games 2026

SKUAD bola tampar pantai negar ayang menyertai Asian Beach Games 2026 di Sanya, China.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad bola tampar pantai negara mengintai kejutan di kejohanan Asian Beach Games 2026 di Sanya, China biarpun hadir dengan barisan pemain daripada program pembangunan.

Pengurus skuad bola tampar pantai negara, Amalul Asyraf berkata, skuad negara tampil dengan semangat juang yang tinggi serta persiapan rapi hasil latihan berterusan dan pendedahan di peringkat antarabangsa

Katanya, kejohanan berkenaan bukan sahaja menjadi medan persaingan, tetapi juga platform penting untuk mengukur tahap keupayaan pasukan negara berbanding kuasa-kuasa besar Asia.

“Bagi edisi kali ini, sasaran utama kami adalah untuk menempatkan diri dalam kelompok 16 pasukan terbaik Asia. Sasaran ini adalah realistik berdasarkan prestasi semasa atlet, peningkatan dari segi taktikal permainan, serta komitmen tinggi yang ditunjukkan sepanjang kem latihan.

“Kami sedar cabaran yang bakal dihadapi bukan mudah, dengan kehadiran pasukan-pasukan elit dari negara seperti Jepun, Korea, Kazakhstan , dan Thailand. Namun begitu, pasukan Malaysia membawa kelebihan dari segi disiplin serta semangat juang yang tidak pernah luntur,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Sementara itu, Presiden Persatuan Bola Tampar Pantai Malaysia, Hean Boon Yeow berharap semua pemain dapat mempamerkan prestasi terbaik, bermain dengan penuh keyakinan dan berani mencabar lawan tanpa rasa gentar.

“Kami juga berharap kejohanan ini dapat menjadi titik tolak kepada pembangunan berterusan bola tampar pantai negara, khususnya dalam melahirkan lebih ramai atlet berpotensi di masa hadapan.

“Kami amat menghargai sokongan padu daripada pihak penaja serta rakyat Malaysia. Doa dan sokongan anda menjadi pembakar semangat buat kami untuk mengharumkan nama negara di pentas Asia,” katanya.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN