KUALA LUMPUR 20 Sept. – Persatuan Badminton Malaysia (BAM) hari ini mengumumkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai penaung BAM yang baharu. Presiden BAM Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria berkata, pihaknya mengalu-alukan Dr. Wan Azizah sebagai penaung baharu menggantikan penaung terdahulu, Datin Seri Rosmah Mansor. “Terima kasih kepada Dr. Wan Azizah kerana sudi menjadi penaung BAM dan kami di BAM berbesar hati dengan kesudian beliau.…










