Tindakan Danyal tidak bertanggungjawab - Utusan Malaysia

Tindakan Danyal tidak bertanggungjawab

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 13 Sept. – Tindakab Ahli Parlimen Port Dickson meletakkan jawatan semata-mata untuk memberi laluan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding dalam pilihan raya kecil adalah sangat tidak bertanggungjawab.

Datuk Danyal Balagopal Abdullah selaku penyandang telah dengan sengaja membazirkan wang rakyat apabila  mengosongkan kerusi itu tanpa sebarang sebab munasabah untuk beliau melakukannya.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Jalaluddin Alias berkata, ketika kerajaan Pakatan Harapan berulang-ulang menegaskan bahawa mereka tiada wang, tindakan meletakkan jawatan sehingga menyebabkan terpaksa diadakan pilihan raya kecil adalah sesuatu yang bertentangan.

“Anwar juga sebagai presiden parti tonggak PH, sepatutnya tidak menyalahgunakan demokrasi untuk membolehkannya menjadi wakil Parlimen.

“Beliau seharusnya boleh menunggu sehingga berlaku kekosongan yang tidak dapat dielakkan, atau sehingga Pilihan Raya Umum Ke-15,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Lagi pula kata Jalaluddin, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad beberapa kali menegaskan bahawa peralihan kuasa daripada beliau kepada Anwar tidak akan berlaku dalam waktu terdekat.

Sehubungan itu katanya, rakyat kini dapat menilai dan melihat sendiri sejauh mana kejujuran PH untuk membeka nasib rakyat dan mengatasi masalah kewangan yang disebut-sebut sebagai meruncing.

Perkembangan ini juga kata beliau, sudah pasti membuatkan para pengundi di Port Dickson berasa tertipu memilih Danyal Balagopal sebagai wakil Parlimen mereka dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 yang lalu.

“Selain membazirkan wang rakyat dan wang negara untuk Parlimen Port Dickson dalam PRU-14, kekosongan kerusi itu juga menyebabkan pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengeluarkan sejumlah peruntukan wang untuk membiayai pilihan raya kecil selepas ini,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN