KOTA KINABALU 17 Sept. – Kerajaan akan melakukan kajian segera tentang pengembalian status Sabah dan Sarawak sebagai sekutu Semenanjung mengikut Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), namun tiada jangka masa yang ditetapkan bila status tersebut akan dipulangkan. Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, banyak perkara perlu dikaji termasuklah keperluan mendapat sokongan majoriti dua pertiga bagi meminda Perlembagaan dan memansuhkan undang-undang berkaitan. Beliau berkata, sokongan daripada pembangkang dalam Dewan Negara tidak boleh…










