KOTA KINABALU – Penggunaan bahasa Inggeris (BI) sebagai bahasa pengantara di institusi pendidikan peringkat negeri ini disifatkan tidak melanggar Perlembagaan Persekutuan yang mengangkat bahasa Melayu (BM) sebagai bahasa kebangsaan. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, peringkat Kabinet kerajaan negeri sentiasa berpegang kepada Perjanjian Malaysia 1963 yang tidak menyekat penggunaan bahasa Inggeris di Sabah. Menurut Mohd. Shafie, perlembagaan negara juga tidak menyatakan sekatan terhadap penggunaan bahasa Inggeris dalam institusi…










