Tiada pemeriksaan tubuh di KLIA - Utusan Malaysia

Tiada pemeriksaan tubuh di KLIA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG – Penumpang penerba­ngan boleh menarik nafas lega apabila mereka tidak lagi dikenakan pemeriksaan tubuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan mungkin juga di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) mulai suku kedua tahun depan.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, kelonggaran itu berikutan pemasangan mesin pengimbas X-ray penumpang yang dinaik taraf oleh Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB).

“Jadi tiada lagitindakan meraba-raba badan menjelang separuh kedua tahun depan kerana pegawai keselamatan lapangan terbang tidak lagi perlu melakukan pemeriksaan fizikal ke atas tubuh penumpang,” katanya kepada pemberita selepas majlis pecah tanah pusat pemprosesan untuk pelepasan kru di klia2 di lapangan terbang itu di sini semalam.

 

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN