Telco perlu kemuka cadangan pakej internet sebelum akhir September ini - Utusan Malaysia

Telco perlu kemuka cadangan pakej internet sebelum akhir September ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Syarikat telekomunikasi (telco) diberi tempoh sehingga 30 September ini untuk mengemukakan cadangan pakej baharu jalur lebar kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo.

“Saya berharap selepas cadangan pakej-pakej baharu dikemukakan kepada SKMM, kita boleh laksanakan dan selepas itu lihat harga jalur lebar turun dan kelajuannya meningkat menjelang hujung tahun ini,” katanya menerusi catatan di laman Twitter rasmi beliau, hari ini.

Beliau menjelaskan bahawa sebelum ini cadangan pakej baharu perlu dikemukakan sebelum 31 Ogos lalu namun wujud permohonan supaya ia dilanjutkan sehingga dua tahun.

“Kita tolak. Lanjutan diberi kepada 30 September. Ini kerana SST (Cukai Jualan dan Perkhidmatan) dilaksana pada 1 September dan perlu selesaikan isu-isu tertentu seperti prepaid (prabayar) dulu. Tiada lanjutan masa lagi diberikan,” katanya.

Gobind Singh turut berkata, beliau akan mengadakan mesyuarat dengan semua syarikat telekomunikasi selepas 30 September ini. – Bernama 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN