GUA MUSANG – Tiga beradik bersyukur tidak terhingga apabila dapat kembali ke sekolah selepas setahun terperap di rumah di Kampung Panggong Lalat di sini akibat kemiskinan. Nur Aidil Balqis Abdul Rahman, 13, berkata, dia dan dua adiknya, Nur Alia Adila, 11 dan Nur Alia Apira, 9, telah memulakan sesi persekolahan sejak minggu lalu. Katanya, dia meneruskan persekolahan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Wangi manakala dua lagi adiknya dapat belajar…










