MENeliti katalog lagu milik Syameel sepanjang tiga tahun bergelar anak seni, penyanyi dengan suara serak-serak basah itu nyata telah memenuhkan warna dendangan dengan lagu-lagu berentak balada. Bermula dengan single perdana Hidup Dalam Mati yang dipasarkan selepas bergelar naib juara Akademi Fantasia 2015 (AF2015), Syamel kemudiannya muncul dengan Lebih Sempurna, Biar Cinta dan duet bersama Ernie Zakri, Aku Cinta. Biarpun ramai yang melihat Syamel begitu sesuai untuk menyanyikan lagu-lagu berentak sedemikian,…










