PENGANJURAN Program Jelajah USIM 2018: USIM Street Dakwah (USD) @ Jitra Kedah merupakan kesinambungan program yang diterajui Pusat Kebudayaan USIM sejak 2010. Kali ini dua Dewan Undangan Negeri (DUN) telah dipilih iaitu DUN Jitra dan DUN Kubang Rotan untuk menjalankan USD di Kedah. Program kali ini mengekalkan elemen Seni Berbudaya dengan mengetengahkan tiga aspek utama iaitu Sharing Knowledge, Sharing Awareness dan Community Engagement serta telah dikelolakan oleh 35 orang Urusetia…










