POKOK SENA 19 Sept. – Orang ramai terutamanya siswazah disaran merebut peluang mencari pekerjaan menerusi beberapa program yang menawarkan pelbagai kerjaya bersesuai dengan kelayakan. Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar berkata, platform pencarian pekerjaan seperti ‘Job Fair’ dan ‘Career Fair’ dilihat langkah kerajaan membawa peluang pekerjaan itu kepada masyarakat terutama golongan yang sedang mencari pekerjaan. Menurutnya, penganjuran program sedemikian di tempat pusat setempat seperti Pusat Transformasi Bandar (UTC) secara…










