Siddiq dipilih Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan - Utusan Malaysia

Siddiq dipilih Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Presiden Kolej Dar al-Hikmah, Prof. Datuk Dr. Siddiq Fadzil, 71, dipilih sebagai penerima Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1440H/2018M sekaligus membawa pulang wang tunai berjumlah hampir RM120,000.

Pengumuman pemilihan tersebut dibuat oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Mohamad Nordin Ibrahim pada majlis sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1439H/2018M di Masjid Wilayah Persekutuan di sini sebentar tadi.

Majlis penyampaian anugerah berkenaan disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V.

Pemilihan anak kelahiran Bagan Datoh, Perak itu sebagai penerima pada tahun ini ialah berdasarkan sumbangan besar beliau dalam memartabatkan Islam di peringkat nasional serta global sehingga mendapat pengiktirafan pelbagai pihak.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN