Sharifah Sakinah selar Fathia - Utusan Malaysia

Sharifah Sakinah selar Fathia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pelakon Sharifah Sakinah menyelar tindakan Fathia Latiff yang sengaja mengaibkan bekas kekasih, Aiman Hakim Redza melalui kenyataan sinis dalam Instagram miliknya.

Menurut Sakinah atau nama sebenarnya, Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al- Khaired, 29, Aiman seorang yang setia dan bukan seorang lelaki yang mempunyai masalah berkaitan wang seperti didakwa Fathia. 

“Dakwaan olehnya tidak betul. Anda memilih untuk mengaibkan Aiman, jadi saya memilih untuk bercakap bagi pihaknya.

“Saya berkawan rapat dengan Aiman selama lima tahun. Semasa menjalin hubungan, anda yang banyak mencipta drama dan masalah yang tidak sepatutnya,” getus Sakinah melalui kenyataan panjang lebar di Instagram. 

Tambah Sakinah lagi, dia hanya berniat menasihati Fathia dan ia boleh ditujukan juga kepada individu lain. 

“Apabila anda terkilan, terlalu sedih, marah, mabuk atau di bawah pengaruh apa-apa bahan terlarang (high), jauhkan diri daripada telefon. 

“Ia akan menyusahkan anda. Setiap perkara yang kita kongsi, ada akibatnya. Dan perkongsian saya ini adalah hasil akibat daripada perkongsian tidak menyenangkan anda (Fathia),” tulis pelakon telefilem Racun Menantu itu. 

Terdahulu, Fathia memuat naik status beserta gambar di Instagram mengatakan bekas kekasihnya, Aiman Hakim berhutang dengannya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN