Seorang remaja maut dihempap pokok berdekatan Air Terjun Jangkar - Utusan Malaysia

Seorang remaja maut dihempap pokok berdekatan Air Terjun Jangkar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEMATAN 10 Sept. – Seorang remaja maut setelah dihempap sebatang pokok yang tumbang bersama tanah susur ketika duduk di sebuah batu berdekatan Air Terjun Jangkar, di sini sebentar tadi.

Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak, pihaknya menerima maklumat kejadian tersebut pada pukul 12.30 tengah hari tadi.

“Mangsa berusia 16 tahun difahamkan datang bersama bapanya yang menjadi jurupandu arah untuk ke tempat perkelahan di sini.

“Bagaimanapun, mangsa dikatakan sedang duduk seorang diri di atas batu, dihempap sebatang pokok ekoran tanah susur di belakangnya,” jelas kenyataan itu.

Tambahnya, 9rang awam yang berada di tempat kejadian berusaha membantu mengalihkan pokok dan mengeluarkan mangsa sebelum kehadiran pasukan bomba.

“Salah seorang pengunjung di situ merupakan doktor lantas membuat pemeriksaan awal ke atas mangsa yang didapati tidak dapat diselamatkan akibat kecederaan dalaman teruk.

“Doktor itu mengesahkan mangsa telah meninggal di tempat kejadian,” ujarnya.

Menurutnya, pasukan bomba yang tiba kemudian membawa mayat mangsa keluar dan menyerahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Operasi ditamatkan pada pukul 5.10 petang tadi,” jelasnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN