RTB Sungai Pinang Fasa 3 bermula April 2019 - Utusan Malaysia

RTB Sungai Pinang Fasa 3 bermula April 2019

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 4 Sept. – Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Pinang Fasa 3 di sini yang bernilai RM150 juta dijangka bermula April tahun depan dan siap sepenuhnya menjelang 2023.

Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr A. Xavier Jayakumar berkata, projek yang menggunakan peruntukan daripada kerajaan Pusat terdahulu itu akan dimulakan dengan kerja-kerja pelebaran kawasan Sungai Pinang seluas kira-kira 1.5 kilometer (km).

Jayakumar yang memberi jaminan bahawa projek tersebut akan disiapkan mengikut jadual berkata, pihaknya bagaimanapun berdepan beberapa masalah ketika ini termasuk ketiadaan tanah sebagai lokasi yang sesuai untuk tebatan banjir atau kawasan tadahan bagi projek berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kebanyakan tanah-tanah di sini dibangunkan secara sensitif dan pada masa yang sama juga, banjir terus berlaku hampir setiap tahun.

“Oleh itu, kita akan bincang perkara ini dengan kerajaan negeri serta pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk mengoptimakan segala sumber yang ada bagi mengatasi masalah ini,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja untuk projek tersebut di sini, hari ini.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Farizan Darus; Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Perancangan Bandar dan Desa negeri, Jagdeep Singh Deo; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pinang, Lim Siew Khim serta beberapa wakil daripada pihak kementerian dan jabatan berkaitan.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini