KUALA LUMPUR – Isteri kepada bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dijangka akan didakwa tidak lama lagi, menurut laporan beberapa akhbar hari ini.
Memetik laporan sebuah akhbar, Rosmah yang juga bekas Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) mungkin menerima sehingga 20 pertuduhan jenayah, kebanyakannya berkaitan pengubahan wang haram.
Akhbar tersebut difahamkan, satu pertuduhan yang menarik perhatian adalah membabitkan pembelian produk hormon anti-penuaan bernilai lebih daripada RM1 juta dari Amerika Syarikat.
Produk itu dikatakan mampu meningkatkan kadar hormon lebih 600 peratus jika diambil berterusan.
Rosmah pernah disoal siasat lebih dari tiga jam di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya pada Jun lalu. – K! ONLINE










