MUAR 16 Sept. – Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun yang dilaporkan sesat ketika mendaki Bukit Mor di sini, ditemukan dalam keadaan selamat, hari ini.
Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Muar, Pegawai Bomba Mohd. Syafik Rejab berkata, pelajar terbabit, Mohd. Firdaus Nizam ditemukan pukul 2.45 petang.
Katanya, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pukul 1.38 petang sebelum sebuah jentera bersama-sama lapan anggota bergegas ke tempat kejadian.
“Remaja lelaki terbabit yang mendaki bukit berkenaan bersama-sama empat rakannya dilaporkan sesat ketika dalam perjanalan turun dari bukit berkenaan akibat tertinggal di belakang.
“Mangsa bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan dan operasi ditamatkan pukul 2.35 petang,” katanya, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE











