Rais Yatim minta tempoh dua hingga tiga bulan pulihkan Bersatu Negeri Sembilan  - Utusan Malaysia

Rais Yatim minta tempoh dua hingga tiga bulan pulihkan Bersatu Negeri Sembilan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN – Bekas Penasihat Sosiobudaya Kerajaan, Tan Sri Dr. Rais Yatim meminta tempoh antara dua hingga tiga bulan untuk beliau memulihkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Negeri Sembilan. 

Beliau yang dilantik pucuk pimpinan parti untuk mengetuai penubuhan baru Bersatu di Negeri Sembilan memaklumkan akan memulakan tugas menyusun semula Bersatu Negeri Sembilan dengan segera. 

“Saya fikir beri saya dalam dua hingga tiga bulan untuk kita laksanakan `kerja rumah’ ini dan mulai bulan Oktober saya akan turun padang pada setiap minggu untuk berjumpa rakan-rakan di bawah. 

Memuatkan artikel berkaitan…

“Perkara yang penting adalah mereka (akar umbi parti) mendapati kita jujur dan ikhlas,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Suai Kenal Tan Sri Dr. Rais Yatim Bersama Ahli Bersatu di sini hari ini. 

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Petaling Jaya, Selangor hari ini mengumumkan Bersatu Negeri Sembilan dibubarkan berikutan pelbagai masalah dan pelanggaran perlembagaan parti. 

Turut dibubarkan adalah dua bahagian Bersatu di Selangor iaitu Ampang dan Subang atas sebab yang sama. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini