KUALA LUMPUR – Ketua ketiga-tiga sayap UMNO hari ini senada mendesak supaya mana-mana wakil rakyat parti itu yang ingin keluar parti dikenakan tindakan tegas, selain perlu memulangkan semula kerusi yang telah dimenangi. Bagi mereka, wakil rakyat tersebut bertanding atas nama parti dan memanfaatkan jentera selain menggunakan wang parti itu tetapi telah menghancurkan kepercayaan parti dan mengkhianati amanah pengundi. Ketua Wanita UMNO Datuk Dr Noraini Ahmad berkata walaupun tindakan wakil rakyat…










