Pulang kerusi bila keluar parti - Wanita - Utusan Malaysia

Pulang kerusi bila keluar parti – Wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 Sept. – Pulangkan semula kerusi kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN) jika telah keluar parti.

Ketua Pergerakan Wanita, Datuk Dr. Noraini Ahmad yang mengutarakan perkara itu dalam ucapan dasarnya mendesak kepimpinan tertingggi parti mengambil tindakan ke atas wakil rakyat tersebut.

“Tindakan wakil rakyat yang melompat parti telah melanggar kontrak sosial. Mereka telah menghancurkan kepercayaan parti dan mengkhianati amanah pengundi.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Wanita mencadangkan UMNO laksanakan Aku Janji Taat Setia atau bai’ah ke atas semua ahli bagi buktikan ketaatan dan kesetiaan kepada parti. Ini juga untuk membendung ahli khianati parti,” katanya dalam ucapan dasarnya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini